Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengasas Harvey Norman akan bertanding pemilihan presiden Singapura

    SINGAPURA, 12 JUN – Usahawan, diplomat dan dermawan George Goh Ching Wah, mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pemilihan presiden Singapura tahun ini.

    Goh, 63, ialah pengerusi Ossia International Ltd dan terkenal kerana mengembangkan jenama Harvey Norman ke Asia dan mengasaskan rangkaian runcit World of Sports.

    “Goh akan bertanding sebagai calon bebas,” kata pasukan medianya dalam satu kenyataan hari ini.

    Goh, individu kedua yang tampil menyatakan hasratnya untuk bertanding, empat hari selepas Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam, 66, berbuat demikian.

    “Beliau tidak mempunyai hubungan dengan parti politik dahulu atau sekarang. Beliau tidak mempunyai beban politik dan tidak pernah berada dalam sektor awam.

    “Beliau adalah seorang usahawan yang mula bekerja pada usia 16 tahun dan sejak itu telah membina empayar perniagaan yang merangkumi 14 negara,” menurut kenyataan itu.

    Sejak empat dekad lepas, beliau telah memiliki lebih 100 syarikat, termasuk lima yang tersenarai di bursa saham Singapura dan United Kingdom. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda