Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengasas mata wang kripto Turki ditangkap di Albania

    ISTANBUL, 30 OGOS – Pengasas pertukaran mata wang kripto Thodex, yang disyaki melarikan diri dari Turki dengan aset pelanggannya, telah ditangkap di Albania, kata Kementerian Dalam Negeri Turki hari ini.

    Turki telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa pada April tahun lalu untuk ahli perniagaan Faruk Fatih Ozer, yang melarikan diri dengan aset pelabur yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion. Albania memaklumkan menteri dalam negeri Turki bahawa pengasas Thodex telah ditangkap di Vlora, Albania kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Kenyataan itu menjelaskan prosedur ekstradisi Faruk Fatih Ozer ke Turki telah dimulakan. Thodex sebelum itu melancarkan kempen agresif untuk menarik pelabur. Syarikat pertukaran mata wang itu menjanjikan untuk memberi kereta mewah melalui kempen pengiklanan yang menampilkan model terkenal Turki. Tetapi bursa Thodex menggantung dagangan pada April lalu. Pegawai keselamatan Turki kemudian mengeluarkan gambar Ozer sedang melalui kawalan pasport di lapangan terbang Istanbul.

    Dua hari selepas meninggalkan Turki tahun lalu, Ozer mengecam dakwaan tidak berasas terhadapnya dalam ciapan di akaun Twitter rasmi syarikatnya.

    Ahli perniagaan itu mendakwa dia telah pergi ke luar negara untuk bertemu pelabur.

    “Saya akan kembali ke Turki dalam beberapa hari dan bekerjasama dengan pihak berkuasa kehakiman supaya kebenaran terserlah,” janji beliau ketika itu.

    Laporan media berkata bursa ditutup sementara syarikat tersebut memegang sekurang-kurangnya AS$2 bilion daripada 391,000 orang pelabur. Lebih 60 orang yang berkaitan dengan Thodex telah ditangkap. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda