Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengasas pasukan F1 Williams meninggal dunia

    LONDON, 29 NOV – Frank Williams yang pasukannya menguasai Formula Satu (F1) pada tahun 80an dan 90an, meninggal dunia pada usia 79 tahun semalam.

    Pasukan Williams memenangi kejuaraan pemandu sebanyak tujuh kali dan kejuaraan pengeluar sebanyak sembilan kali, dengan kali terakhir pada 1997.

    Ahli perniagaan British itu meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Williams Formula One pada tahun 2012 dan ahli keluarganya mengakhiri pembabitan dalam pasukan itu tahun lalu dengan menjualnya kepada Dorilton Capital.

    Williams yang juga bekas pelumba kereta, menggunakan kerusi roda sejak terbabit dalam kemalangan di Perancis pada tahun 1986.

    “Pasukan Williams Racing berduka cita dengan kematian pengasas kami Sir Frank Williams.

    “Sir Frank adalah legenda dan ikon sukan ini. Pemergiannya menandakan pengakhiran era pasukan kami dan untuk sukan Formula 1. Dia seorang pengasas yang luar biasa.

    “Dia membimbing pasukan ini memenangi 16 kejuaraan dunia, menjadikan kami salah satu pasukan paling berjaya dalam sejarah sukan ini,” kata pasukan itu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan FrankWilliams (tengah) bergambar bersama pemandu Ralf Schumacher (kiri) dan Juan Pablo Montoya (kanan) serta pasukannya sebelum sesi latihan di Grand Prix Malaysia, Sepang. Williams telah meninggal dunia pada usia 79 tahun kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda