Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengasas Program Erasmus EU meninggal dunia

    ROM, 19 OKT – Pakar pendidikan Itali, Sofia Corradi, tokoh utama di sebalik penubuhan Program Erasmus Kesatuan Eropah (EU) untuk pertukaran pelajar, meninggal dunia di Rom pada usia 91 tahun, menurut keluarganya hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Selepas melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat pada akhir 1960an, Corradi mencetus idea untuk mewujudkan sistem pertukaran pelajar antara universiti di Eropah. Program Erasmus, yang kini telah dimanfaatkan oleh lebih 15 juta pelajar, lahir daripada gagasan itu.

    Menteri Luar Itali, Antonio Tajani berkata Corradi telah memberi sumbangan besar dalam melahirkan ‘Generasi Eropah,’ manakala Presiden Perancis Emmanuel Macron, menyifatkan beliau sebagai perintis kepada cita-cita anak muda Eropah ‘yang saling memperkaya melalui perbezaan mereka.’

    Nama program itu diambil daripada tokoh yang memiliki nilai kemanusiaan, Erasmus dari Rotterdam, meninggal dunia pada 1536 dan dianggap sebagai antara tokoh penting Renaissance di Eropah Utara.

    Program berkenaan kini diperluas melangkaui sempadan EU untuk turut disertai negara lain.

    Corradi sering digelar ‘Mamma Erasmus’ dan beliau menerima panggilan itu dengan bangga. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda