Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Pengasas projek sekolah perempuan di Afghanistan ditahan

    KABUL, 28 MAC – Pengasas projek yang berkempen untuk pendidikan kanak-kanak perempuan di Afghanistan telah ditahan oleh pihak berkuasa Taliban di Kabul, kata abangnya dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

    Kerajaan Taliban tahun lalu melarang kanak-kanak perempuan daripada menghadiri sekolah menengah dan kemudiannya universiti, menjadikan Afghanistan satu-satunya negara di dunia yang mengeluarkan sekatan sedemikian terhadap pendidikan.

    Ketua PenPath, Matiullah Wesa, telah dihalang oleh lelaki di luar masjid selepas solat pada petang kelmarin, abangnya Samiullah Wesa memberitahu AFP.

    “Apabila Matiullah meminta kad pengenalan mereka, mereka memukulnya dan membawanya pergi secara paksa,” katanya.

    “Dia telah ditangkap kerana aktivitinya dalam sektor pendidikan. Dia tidak pernah bekerja dengan orang lain, begitu juga dengan kerajaan terdahulu. Dia hanya bekerja untuk PenPath.”

    Misi PBB di Afghanistan mengesahkan dalam Twitter bahawa Matiullah telah ditangkap. – AFP

    Ketua PenPath dan peguam bela untuk pendidikan perempuan di Afghanistan, Matiullah Wesa bercakap dengan kanak-kanak semasa kelas di sebelah perpustakaan bergeraknya di daerah Spin Boldak di Wilayah Kandahar, 17 Mei 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -