Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengasas Telegram, Durov hadapi tuduhan berkaitan aktiviti jenayah

    ANKARA, 29 OGOS – Pengasas Telegram Pavel Durov menghadapi pertuduhan awal di Perancis atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah berlaku di aplikasi pesanan itu, menurut laporan media yang dipetik oleh Agensi Anadolu  (AA) kelmarin.

    Pihak berkuasa menuduh Telegram memudahkan penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak, pengedaran dadah, penipuan, dan pengubahan wang haram.  Syarikat itu dilaporkan enggan bekerjasama dengan penyiasat, seperti yang dilaporkan oleh Sky News.

    Telegram menafikan tuduhan itu dengan menegaskan bahawa dasar penyederhanaan mereka mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah dan memenuhi piawaian industri. Menurut laporan media, syarikat itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai ‘tidak masuk akal’, dengan berhujah bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan platform atau pemiliknya atas penyalahgunaan jenayah.

    Durov, yang dilahirkan di Rusia dan  memegang kewarganegaraan Perancis sejak 2021, ditahan selepas pesawat peribadinya mendarat di lapangan terbang Le Bourget dekat Paris.

    Hakim di Perancis telah melarangnya meninggalkan negara itu sementara siasatan dijalankan. – Bernama

    Logo aplikasi Telegram dilihat pada skrin komputer riba di Munich, Jerman pada Oktober 2022. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda