Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengawal keselamatan maut dihempap pokok Pinang

    TAIPING, 14 OKT – Seorang pengawal keselamatan sekolah maut akibat dihempap sebatang pokok Pinang yang patah dalam kejadian ribut di Kampung Relang, Batu Kurau, semalam.

    Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata ketika kejadian, mangsa Hamize Abu Bakar, 58, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya ekoran keadaan cuaca mendung dan angin kencang pada pukul 1:50 tengah hari.

    Katanya, polis yang menerima laporan kejadian itu melalui MERS 99 telah pergi ke lokasi dan mendapati mangsa terbaring berhampiran motosikalnya.

    “Petugas kesihatan yang tiba membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala kerana dihempap sebatang pokok pinang,” katanya kepada Bernama.

    Mayat dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda