Tuesday, April 29, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengawal keselamatan terpaksa ‘beraya’ dalam penjara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Seorang pengawal keselamatan swasta dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah kerana mencuri di sebuah pejabat bank.

    Mohammad Noor Azuan bin Sari Kula, 22, mendedahkan bahawa dia mencuri peranti komputer kerana berminat untuk mengkajinya bagi melanjutkan pelajaran komputer.

    Pendakwa Ahmad Firdaus Mohammad seterusnya mendedahkan defendan ditempatkan bertugas di salah sebuah cawangan bank di Muara, dan pada 8 April, sebahagian tugasnya adalah untuk mengawasi kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan pada masa itu.

    Kejadian berlaku ketika dia sedang bersahur dan ternampak beberapa peranti dipasang pada komputer di bahagian belakang pejabat dan selesai makan, dia mencuri dua RAM komputer, penukar kabel HDMI bersama dua pemacu cakera keras.

    Dia membawa pulang peranti tersebut selepas tamat syifnya.

    Kakitangan bank yang menyedari peranti komputer telah hilang, kemudian memeriksa rakaman CCTV dan membuat laporan polis untuk mengesahkan identiti defendan bersama syarikat majikannya menerusi rakaman tersebut.

    Peranti yang mengandungi maklumat sulit itu telah dirampas oleh polis.

    Majistret Syaffina Shahif mengambil titik permulaan penjara 12 bulan dan mengurangkannya kepada lapan bulan untuk mencerminkan pengakuan bersalah serta-merta defendan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda