MANILA, 6 OGOS – Filipina mengecam Pengawal Pantai China hari ini kerana menembak meriam air ke arah kapalnya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, menyifatkannya sebagai ‘tidak sah’ dan ‘berbahaya’.
China berkata, ia telah mengambil ‘kawalan yang diperlukan’ terhadap bot-bot Filipina yang secara ‘haram’ memasuki perairannya.
Insiden terbaharu itu berlaku ketika Pengawal Pantai Filipina mengiringi bot yang membawa makanan, air, bahan api dan bekalan lain untuk anggota tentera Filipina yang ditempatkan di Beting Thomas Ketua di Kepulauan Spratly. Jabatan Negara AS mengecam tindakan China itu, berkata dalam satu kenyataan bahawa ia dilakukan oleh pengawal pantai dan ‘militia maritim’, dan ia secara langsung mengancam keamanan dan kestabilan serantau. – AFP