Thursday, January 30, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengawal pantai China usir kapal tentera laut Filipina

    BEIJING, 10 OKT – Pengawal pantai China hari ini mendakwa telah mengusir sebuah kapal tentera laut Filipina dari kawasan terumbu yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan antara kedua-dua negara mengenai kawasan perikanan yang kaya itu semakin memuncak.

    Jurucakap pengawal pantai, Gan Yu berkata kapal Filipina telah belayar melalui perairan bersebelahan Scarborough Shoal, yang digelar China sebagai Pulau Huangyan, dan tidak menghiraukan gesaan berkali-kali untuk berpatah balik.

    “Pengawal pantai China mengambil langkah yang diperlukan untuk mengusir kapal Filipina itu mengikut undang-undang, seperti mengekori dan memaksanya keluar serta mengwal laluan kapal itu,” kata Gan.

    Di Manila, ketua kakitangan tentera Filipina, Jeneral Romeo Brawner Jr berkata pihak berkuasa masih menyiasat insiden yang didakwa itu tetapi berpendapat kemungkinan besar ia adalah propaganda daripada China daripada satu konfrontasi sebenar.

    “Jika kami pernah mempunyai kapal di sana, kami tidak akan bersetuju untuk diusir dari zon ekonomi eksklusif kami,” kata Brawner kepada pemberita. “Adalah hak kami untuk memastikan nelayan kami boleh menangkap ikan di zon ekonomi kami.” – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda