Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Pengawal pantai Filipina sertai latihan tentera dengan AS

    MANILA, 18 APRIL – Pengawal Pantai Filipina hari ini berkata ia akan mengambil bahagian buat kali pertama dalam latihan ketenteraan bersama tahunan yang dijalankan oleh negara itu dan Amerika Syarikat (AS).

    Lebih 16,700 tentera Filipina dan AS akan mengambil bahagian dalam latihan tahun ini, yang bermula Isnin.

    Latihan akan tertumpu di bahagian utara dan barat negara kepulauan itu, berhampiran Laut China Selatan dan Taiwan.

    Jurucakap Pengawal Pantai Filipina (PCG), Laksamana Muda Armando Balilo berkata ini adalah kali pertama kapal Pengawal Pantai Filipina menyertai latihan yang digelar Balikatan, yang bermaksud ‘berganding bahu’ dalam bahasa Tagalog.

    Sebelum ini, bot PCG telah membuat rondaan di kawasan perairan sekitar latihan bagi menghalang pencerobohan.

    Enam kapal akan mengambil bahagian, kata Balilo, termasuk empat bot tindak balas pelbagai peranan sepanjang 44 meter dan dua kapal peronda yang lebih besar.

    Pasukan operasi khas pengawal pantai itu juga akan ‘menjalani latihan pengendalian bersama’ dengan Tentera Laut Filipina dan rakan-rakan mereka dari Australia, Perancis dan AS.

    Latihan Balikatan akan melibatkan simulasi penawanan semula sebuah pulau di luar wilayah Palawan, berhampiran Laut China Selatan dan penenggelaman kapal di luar Ilocos Norte, beberapa ratus kilometer dari Taiwan.

    Buat pertama kali, latihan itu akan diadakan di luar perairan wilayah Filipina, yang menjangkau kira-kira 22 kilometer dari pantainya, kata Kolonel Filipina, Michael Logico kepada pemberita kelmarin. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...