Pengawal pantai selamatkan ikan paus sperma terjerat

ROM – Pengawal pantai Itali dan ahli biologi baru-baru ini melakukan misi menyelamat untuk membebaskan ikan paus sperma yang terjerat dalam jaring ikan dekat sebuah pulau kecil di laut Mediterranean.

Dalam sebuah video pengawal pantai, seorang penyelam dapat dilihat memotong beberapa jaring di perairan sekitar kepulauan Pulau Aeolian itu.

Pelayaran mereka itu telah melihat ikan paus sperma yang sedang bergelut dalam Laut Tyrrhenian berdekatan pantai barat Itali dan terus menghubungi pengawal pantai.

Operasi untuk membebaskan ikan paus sperma tersebut sangat sukar kerana keadaannya yang gelisah berterusan dan tidak suka didekati, kata pengawal pantai pada baru-baru ini.

Kejadian sama turut berlaku tiga minggu yang lalu, di mana pengawal pantai Itali turut membebaskan seekor paus sperma yang terjerat dalam jaring ikan, juga terjadi di laut Kepulauan Aeolian.

Sejak awal tahun ini, pengawal pantai telah mengasingkan jaring ikan yang panjangnya lebih dari 100 kilometer.

Pengawal pantai mengatakan mereka turut mempertingkatkan usaha membanteras penangkapan ikan secara haram tahun ini di lautan Itali. – AP

Gambar yang diambil dari video pengawal pantai Itali memperlihatkan seekor ikan paus yang terperangkap dalam jaring ikan di perairan berhampiran kepulauan Eolian, di Laut Mediterranean. Penyelam pengawal pantai Itali berjaya membebaskan ikan paus sperma yang terjerat dalam jaring ikan. – AP