Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengawal penjara terbunuh, 18 banduan melarikan diri

    MUZAFFARABAD, 1 JULAI – Seramai 18 banduan, termasuk beberapa yang dijatuhi hukuman mati, melarikan diri dari penjara di wilayah Himalaya yang dipertikaikan, Kashmir, selepas menumpaskan seorang pengawal dengan pistol, kata pegawai Pakistan, hari ini.

    Ketua Polis Daerah, Riaz Mughal, berkata seorang daripada banduan tersebut ditembak mati ketika cubaan melarikan diri dari Penjara Rawalakot semalam.

    “Operasi besar-besaran telah dilancarkan untuk menjejaki dan menangkap semula semua banduan yang melarikan diri itu,” katanya kepada pemberita.

    Menurut Mughal, enam daripada banduan tersebut dijatuhi hukuman mati, manakala tiga lagi menjalani hukuman penjara seumur hidup. Insiden banduan melarikan diri itu jarang berlaku di Pakistan, katanya.

    “Siasatan telah dimulakan untuk mengetahui punca kejadian ini.

    “Ketua penjara dan beberapa pegawai lain telah dipecat serta beberapa pegawai sedang ditahan untuk disoal siasat,” tambahnya.

    Pegawai berkata salah seorang banduan mempunyai pistol yang digunakan untuk menembak pengawal dan merampas kunci sel penjara. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda