Monday, April 14, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengawal peribadi Victoria, David Beckham ditemukan mati

    Pengawal peribadi pasangan David Beckham dan Victoria Beckham ditemukan mati di Sepanyol pada Isnin lalu.

    Lelaki berkenaan dikenali sebagai Craig Ainsworth sebelum itu dilaporkan hilang sebelum berita penemuan mayatnya disahkan oleh ibu mendiang di Facebook, menurut laporan mStar.

    Ibu Craig dikenali sebagai Sally memberitahu mendiang yang merupakan seorang bekas tentera berpangkalan di Afghanistan turut berdepan masalah trauma dikenali sebagai PTSD.

    “Craig telah ditemui. Dengan rasa sedih, saya maklumkan Craig sudah meninggal dunia.

    “Dia berkhidmat di Afghanistan dan mengalami PTSD. RIP Craig,” tulisnya.

    Bagaimanapun, punca kematian Craig masih lagi belum didedahkan.

    Sebelum jasadnya ditemukan pihak berkuasa, Craig sempat berkongsi hantaran di Facebook dengan menulis kapsyen mengucapkan selamat tinggal.

    Lelaki itu juga sering kali ‘kesakitan’ yang dialami selama empat tahun lalu.

    Craig turut memohon maaf kepada orang tersayang dan berpesan untuk tidak bersedih jika dia sudah tidak ada di dunia ini.

    “Kamu adalah cahaya yang membuatkan saya bertahan selama ini. Saya kini lebih tenang, sesuatu yang tidak pernah saya temui dalam hidup tetapi sangat menyeronokkan,” katanya.

    Craig pernah bertugas sebagai pengawal peribadi David dan Victoria dari tahun 2013 hingga 2015.

    Sebelum itu, dia juga pernah berkhidmat untuk beberapa pelakon popular termasuk Johnny Depp, Arnold Schwarzenegger dan Jennifer Lawrence. – Agensi

    Mendiang Craig (kiri) pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi David dan Victoria Beckham. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda