Pengawalan penularan COVID-19 di tempat kerja

Oleh SIM Y. H.

Semenjak penularan gelombang kedua wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani, mengawal dan membendung penularan berkenaan menyaksikan kementerian-kementerian kerajaan serta sektor swasta diseru untuk melaksanakan pelan kelangsungan perniagaan (BCP) masing-masing.

Di samping itu, dengan tambahan langkah-langkah pengawalan yang diperketatkan khususnya keperluan bagi pegawai dan kakitangan daripada sektor kerajaan atau swasta untuk melakukan kerja dari rumah (WTF). Ini bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesihatan tenaga kerja ditugaskan bekerja di rumah masing-masing dan hanya pekerja mustahak (essential workers) sahaja yang perlu bertugas di pejabat.

Pada masa yang sama, pengaktifan BCP hendaklah dilaksanakan tanpa menjejaskan fungsi dan perkhidmatan teras di organisasi masing-masing. Sehubungan dengan itu, dengan mengambil kira skala pandemik serta kesan buruk penularan jangkitan di tempat kerja, beberapa faktor yang berkemungkinan memberi kesan terhadap tenaga kerja dan produktiviti perlu dipertimbangkan.

Penjelasan berkenaan adalah sebahagian daripada maklumat yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan melalui Garis Panduan Bagi Kumpulan yang Berisiko Tinggi Semasa Penularan wabak COVID-19 khususnya mereka yang bekerja. Pekerja mungkin tidak hadir disebabkan oleh beberapa sebab di antaranya ialah kerana mereka sakit atau kurang sihat, berada dalam kuarantin, penjaga bagi ahli keluarga yang sakit, penjaga kanak-kanak dengan penutupan sekolah, mempunyai orang yang berisiko tinggi terhadap jangkitan di rumah serta bimbang untuk datang bekerja kerana berkemungkinan terdedah kepada jangkitan.

Perubahan aturan kerja atau strategi perniagaan

Kebanyakan tempat kerja akan memerlukan perubahan dalam aturan kerja atau cara bekerja bagi mengekalkan produktiviti kerja. Sesetengah tempat kerja akan berhadapan dengan peningkatan daripada segi keperluan dan permintaan terhadap perkhidmatan mereka. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan penggunaan teknologi digital, contohnya dalam bidang telekomunikasi.

Mengurangkan keperluan dan jangka masa interaksi fizikal seperti mengurangkan keperluan untuk mengadakan mesyuarat secara bersemuka, sebaliknya menggunakan kemudahan seperti telekomunikasi dalam talian.
Pihak majikan perlu menyediakan stesen kerja yang mempunyai jarak fizikal yang lebih luas iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Sementara itu, tempat-tempat kerja yang lain sepatutnya berusaha untuk mengatur kesesuaian waktu kerja mereka bagi mengendalikan perkhidmatan untuk orang awam sepanjang hari agar dapat mengurangkan perhubungan secara langsung atau perjumpaan secara bersemuka. Pengendali industri seperti makanan dan minuman dan barangan runcit akan turut berhadapan dengan peningkatan daripada segi keperluan dan permintaan bagi perkhidmatan penghantaran dari tempat kerja ke kediaman-kediaman atau keperluan perkhidmatan pandu lalu bagi mengurangkan interaksi secara langsung.

Risiko pekerja untuk terdedah kepada jangkitan COVID-19 mungkin berbeza daripada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Tahap risiko adalah bergantung kepada jenis industri pekerjaan yang terlibat, termasuk kemungkinan untuk berada berhampiran dengan orang yang dikenal pasti telah dijangkiti COVID-19 dalam jarak lingkungan 1 meter atau sering kali berhampiran atau berinteraksi secara sosial. Perkara-perkara berikut boleh dipertimbangkan oleh pihak majikan dalam mengatur ke-sesuaian penempatan kerja bagi mereka yang menghidapi risiko tinggi kepada jangkitan.

Walau bagaimanapun, keperluan untuk penjarakan fizikal, mengamalkan langkah-langkah kebersihan selain mempraktikkan pengawalan dan pencegahan jangkitan dan penyebaran jangkitan adalah masih perlu dipatuhi.

Penempatan kerja sementara

Pekerja yang mempunyai risiko tinggi kepada jangkitan boleh ditugaskan atau dipindahkan sementara ke tempat kerja yang lain (dalam organisasi yang sama) yang kurang terdedah kepada penularan jangkitan COVID-19 atau hubungan secara langsung dengan orang awam. Ini termasuk kumpulan berisiko seperti wanita yang hamil, dan individu yang mengalami masalah kesihatan. Sebagai alternatif, pihak majikan mungkin perlu mempertimbangkan aturan kerja para pekerja dengan mengurangkan interaksi fizikal dengan orang ramai, contohnya penggunaan transaksi dalam talian dan perkhidmatan pandu lalu.Bagi peranan pekerjaan lain, pihak majikan perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti:

Mengurangkan keperluan dan jangka masa interaksi fizikal seperti mengurangkan keperluan untuk mengadakan mesyuarat secara bersemuka, sebaliknya menggunakan kemudahan seperti telekomunikasi dalam talian.

Sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan mesyuarat secara bersemuka, bilangan peserta perlu terhad dan jangka masa juga perlu disingkatkan.

Mesyuarat juga mesti diadakan di dalam ruang terbuka dan mempunyai pengudaraan yang baik. Pihak majikan perlu menyediakan stesen kerja yang mempunyai jarak fizikal yang lebih luas iaitu sekurang-kurangnya 1 meter, iaitu dengan menandakan stesen kerja yang boleh digunakan atau mengosongkan stesen kerja bagi mencapai jarak diperlukan di antara pekerja.

Tempat duduk di bilik mesyuarat juga harus dijarakkan sekurang-kurangnya 1 meter dan ditandakan dengan jelas. Langkah-langkah penyediaan jarak fizikal yang sama perlu dipraktikkan di ruang-ruang umum, seperti di kawasan pintu masuk dan keluar, lif,
tempat makan, tempat berkumpul serta di tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh pekerja atau pelanggan.

Pihak majikan juga harus mengingatkan pekerja-pekerja untuk mengekalkan jarak fizikal dalam lingkungan 1 meter ketika berjumpa atau mengadakan perbincangan tidak formal di kalangan mereka.

Perlaksanaan waktu bekerja secara berperingkat juga perlu dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di kawasan umum, seperti di pintu masuk dan keluar.

Waktu bekerja secara berperingkat mesti dibahagikan sekurang-kurangnya kepada tiga sesi dengan memperuntukkan sejam bagi setiap sesi.

Dalam hal yang sama, pihak majikan perlu memastikan bahawa tidak lebih daripada separuh kakitangan untuk bekerja bagi setiap sesi.

Jika boleh, waktu mula dan tamat bekerja seharusnya tidak bertembung dengan waktu sibuk, terutama pekerja menggunakan pengangkutan awam. Pihak majikan perlu membenarkan pekerja untuk berehat pada waktu-waktu yang ditetapkan untuk mengurangkan kesesakan di ruang rehat atau ruang makan.

Semua acara atau aktiviti yang melibatkan keberadaan fizikal yang berhampiran dan berpanjangan di kalangan pekerja perlu ditangguhkan atau dibatalkan. Ini termasuk persidangan, seminar, latihan dan pameran.

Perhimpunan sosial di tempat kerja, seperti sambutan ulang tahun, boleh diadakan dengan syarat tidak lebih daripada 10 orang pada setiap masa sambil mempraktikkan langkah-langkah penjarakan sosial. Bagi persekitaran tempat kerja seperti industri perkilangan, pihak majikan boleh mempertimbangkan aturan kerja secara bergilir untuk kakitangan bekerja dan memanjangkan waktu operasi bagi mengekalkan hasil pengeluaran.

Pihak majikan harus mempertimbangkan aturan kerja secara berkelompok iaitu sebilangan pekerja ditugaskan menurut kelompok tertentu (contohnya, Kumpulan A & Kumpulan B) yang akan dikerahkan mengikut jadual kerja atau di kawasan kerja yang berbeza.

Dalam hal itu, pihak majikan perlu merancang dan mengerahkan kelompok bekerja berdasarkan masa peralihan dan kawasan kerja dengan jelas kepada pekerja-pekerja yang terlibat. Ini juga termasuk seperti melaksanakan langkah-langkah pengurusan bagi mengelakkan kesesakan orang ramai dan mempraktikkan prosedur pembersihan di tempat-tempat umum ketika peralihan waktu bekerja.

Pihak majikan juga seharusnya tidak menggalakkan pekerja untuk berkongsi telefon, meja, bilik pejabat, atau peralatan kerja dengan pekerja lain, seboleh mungkin. Mengekalkan amalan pengemasan yang kerap, termasuk pembersihan rutin dan penyahjangkitan permukaan, peralatan, dan elemen-elemen persekitaran kerja yang lain, adalah perlu selaras dengan Garis panduan bagi Pembersihan dan Penyahjangkitan/Disinfeksi Di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi pekerja yang mempunyai risiko tinggi terhadap jangkitan dan keperluan untuk menggunakan peralatan pelindungan peribadi (PPE) turut dilatih tentang cara pemakaian dan penggunaan dengan betul, termasuk ketika menjalankan tugasan semasa. Selain itu, pihak majikan perlu memastikan PPE dilupuskan dengan cara yang betul.

Pihak majikan perlu bersedia untuk melaksanakan dasar tempat kerja yang lebih fleksibel dan melaporkan potensi jangkitan.

Dasar cuti sakit adalah fleksibel dan konsisten dengan panduan kesihatan awam, dan pekerja juga perlu sedar dan memahami dasar-dasar berkenaan.

Dalam hal yang sama, pihak majikan juga harus mempraktikkan dasar yang fleksibel untuk membenarkan pekerja berada di rumah jika mereka sakit, berada dalam pengasingan diri, atau menjaga anggota keluarga jika diperlukan. Di samping itu, pihak majikan perlu menggubal dasar dan prosedur bagi pekerja untuk melaporkan dan memaklumkan apabila mereka sakit dan berasa kurang sihat atau mengalami gejala jangkitan COVID-19. Ia merupakan langkah-langkah kewaspadaan yang sangat penting di tempat kerja bagi melindungi kesejahteraan pekerja, pelanggan dan pengunjung lain. Pihak majikan hendaklah memaklumkan dan menggalakkan pekerja untuk memantau tanda-tanda dan gejala diri masing-masing jika mereka mengesyaki terdapat kemungkinan terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Setiap pekerja mesti sentiasa mempraktikkan langkah-langkah pencegahan ketika waktu bekerja iaitu mematuhi langkah penjarakan sosial yang telah disyorkan, mengelakkan sapaan secara fizikal atau bersalaman, memakai pelitup muka di tempat-tempat yang diperlukan, kerap membasuh tangan atau menggunakan pensanitasian tangan.

Dalam usaha untuk mempraktikkan langkah-langkah kewaspadaan di tempat kerja dan mencegah penyebaran jangkitan, jika inisiatif-inisiatif seperti penempatan kerja sementara dan aturan kerja-kerja lain sebelum ini masih boleh menimbulkan risiko jangkitan yang tinggi, pihak majikan boleh mempertimbangkan agar pekerja-pekerja yang berisiko tinggi untuk bekerja dengan alternatif lain seperti menggunakan telekomunikasi dalam talian dari kediaman masing-masing.Alternatif tersebut boleh dilaksanakan dengan syarat waktu dan hasil kerja sentiasa dipantau, selain terdapat akses jarak jauh dan perhubungan telekomunikasi ke tempat kerja dan di antara rakan sekerja. Perkara itu juga perlu selaras dengan dasar-dasar pengurusan kerja dan sumber tenaga kerja yang diamalkan oleh organisasi tersebut.

Pihak majikan juga perlu mempertimbangkan untuk mengekalkan kakitangan yang mempunyai peranan penting sahaja bagi mengelakkan kesesakan di tempat kerja. Langkah-langkah kewaspadaan tambahan boleh juga dilaksanakan termasuk usaha meneliti semula proses kerja dan penyediaan kemudahan teknologi (IT) yang diperlukan oleh pekerja.

Dasar cuti sakit perlu fleksibel dan konsisten dengan panduan kesihatan awam, dan pekerja juga perlu sedar dan memahami dasar-dasar berkenaan.

Dalam hal yang sama, pihak majikan juga harus mempraktikkan dasar yang fleksibel untuk membenarkan pekerja berada di rumah jika mereka sakit, berada dalam pengasingan diri, atau menjaga anggota keluarga jika diperlukan.

Di samping itu, pihak majikan perlu menggubal dasar dan prosedur bagi pekerja untuk melaporkan dan memaklumkan apabila mereka sakit dan berasa kurang sihat atau mengalami gejala jangkitan COVID-19. Ia merupakan langkah-langkah kewaspadaan yang sangat penting di tempat kerja bagi melindungi kesejahteraan pekerja, pelanggan dan pengunjung lain.

Pihak majikan hendaklah memaklumkan dan menggalakkan pekerja untuk memantau tanda-tanda dan gejala diri masing-masing jika mereka mengesyaki terdapat kemungkinan terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Setiap pekerja mesti sentiasa mempraktikkan langkah-langkah pence-gahan ketika waktu bekerja iaitu mematuhi langkah penjarakan sosial yang telah disyorkan, mengelakkan sapaan secara fizikal atau bersalaman, memakai pelitup muka di tempat-tempat yang diperlukan, kerap membasuh tangan atau menggunakan pensanitasi tangan.

Dalam usaha untuk mempraktikkan langkah-langkah kewaspadaan di tempat kerja dan mencegah penyebaran jangkitan, jika inisiatif-inisiatif seperti penempatan kerja sementara dan aturan kerja-kerja lain sebelum ini masih boleh menimbulkan risiko jangkitan yang tinggi, pihak majikan boleh mempertimbangkan agar pekerja-pekerja yang berisiko tinggi untuk bekerja dengan alternatif lain.

Antaranya ialah menggunakan telekomunikasi dalam talian dari kediaman masing-masing.

Alternatif tersebut boleh dilaksanakan dengan syarat waktu dan hasil kerja sentiasa dipantau, selain terdapat akses jarak jauh dan perhubungan telekomunikasi ke tempat kerja dan di antara rakan sekerja.