Monday, July 8, 2024
33.1 C
Brunei

    -

    Kursus asah keberkesanan PK

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 05 JULAI- Kursus Asas Keberkesanan Pengawasan Kejiranan (PK) sesi 1/2024 yang telah diadakan selama dua hari di Dewan Serbaguna Balai Polis Berakas telah menutup tirainya dengan majlis penutup dan penyampaian sijil kepada 41 orang peserta.

    Kursus itu dianjurkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku Urusetia Pengawasan Kejiranan PPDB. Sementara penyelaras kursus terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk ketua-ketua kampung, kakitangan swasta dan orang awam yang merupakan ahli-ahli yang berdaftar di bawah program PK di bawah tadahan Daerah Polis Brunei dan Muara.

    Sebahagian dari peserta yang sedang tekun mendengar pengisian kursus.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan penyampai sijil kursus ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Penguasa Polis Haji Muhd Shaker bin Hj Nayan serta pegawai dan anggota-anggota dari Daerah Polis Brunei Muara.

    Sepanjang kursus itu, para peserta telah diberikan taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh pegawai jabatan-jabatan di bawah PPDB serta pegawai jemputan dari Jabatan Peguam Negara, Jabatan Syariah dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Sebahagian dari taklimat yang disampaikan dalam kursus berkenaan.

    Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta pemahaman yang lebih terperinci mengenai penguatkuasaan undang-undang sebagai ahli PK di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak PPDB dengan masyarakat.

    Dalam pada itu, kursus Asas Keberkesanan PK ini juga diharapkan akan menjadi pemangkin dalam mencapai hasrat PK iaitu meningkatkan kerjasama antara masyarakat dan PPDB dalam mengesan dan mencegah jenayah di negara ini.

    Gambar ramai antara wakil PPBD dan para peserta seusai majlis penutupan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...