Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengebom budak 10 tahun maut, masjid turut disasar

    KANO, Nigeria, 31 Jan – Seorang budak perempuan yang dikatakan berusia 10 tahun terkorban selepas jaket berisi bahan letupan yang dipakainya meletup di timur laut Nigeria, kata orang awam hari ini, ketika serangan lain membunuh seorang di sebuah masjid.

    Musa Ahmad, yang bekerja dengan pihak tentera menentang Boko Haram, berkata insiden itu berlaku kira-kira 11:30 pagi (1030 GMT) di Banki, berhampiran sempadan Cameroon di negeri Borno.

    “Budak perempuan yang berusia kira-kira 10 tahun datang ke berek tentera dan cuba untuk menyeberangi jalan masuk ke kem IDP (orang yang ditempatkan),” ujarnya kepada AFP.

    “Dia telah diarahkan untuk berhenti oleh askar-askar. Namun dia tidak mengendahkannya.

    “Mereka mengancam untuk menembaknya jika dia tidak berhenti. Dia mematuhinya dan diminta untuk mengangkat hijabnya.

    “Dia menurut dan terdapat bahan letupan ditemui berbalut di badannya. Tiba-tiba dia menarik picunya dan meletup.”

    Tiada sesiapa yang cedera, kata Ahmad, yang menambah ia adalah percubaan kedua untuk meletupkan kem itu dalam beberapa minggu kebelakangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda