Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengebom nekad bunuh 30 askar

    GHAZNI, AFGHANISTAN, 29 NOV – Seorang pengebom berani mati yang membawa kereta dan merempuh sebuah pangkalan tentera di Afghanistan hari ini telah mengorbankan kira-kira 30 askar, kata pegawai, dalam salah satu tragedi terburuk sejak beberapa bulan kebelakangan.

    Serangan berlaku di pinggir bandar Ghazni, iaitu lokasi yang kerap dilaporkan berlaku pertempuran antara puak Taliban dan askar Afghanistan.

    Ia adalah kejadian terbaharu selepas kerajaan dan Taliban mengadakan rundingan, namun pegawai tertinggi berkata serangan seumpamanya mempunyai potensi untuk ‘menjejaskan proses perdamaian’ ketika keganasan berterusan meningkat di seluruh negara.

    Pengarah Hospital Ghazni, Baz Mohammad Hemat, berkata setakat ini 30 orang dilaporkan meninggal dunia dan 24 lagi yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital.

    Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tariq Arian, berkata seorang pengebom berani mati telah meletupkan kenderaan yang dipenuhi bahan letupan.

    “Pengebom memandu kenderaan Humvee benar-benar dalam kawasan pangkalan dan meletupkannya,” kata jurucakap gabenor Ghazni, Wahidullah Jumazada memberitahu AFP.

    Pangkalan itu terletak di kawasan daratan gersang yang dikelilingi gunung-ganang.

    Rakaman video menunjukkan ambulans tentera membawa mangsa korban dan cedera ke hospital dan kren dikerahkan memindahkan puing-puing letupan dari tapak serangan di pangkalan. – AFP

    Seorang kakitangan keselamatan memegang RPG di tapak pangkalan tentera yang diserang oleh pengebom nekad, wilayah Ghazni pada 29 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda