Wednesday, March 5, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengebom nekad wanita didakwa bunuh tentera di Balochistan

    QUETTA, 4 MAC – Sebuah kumpulan pemisah Pakistan mendakwa hari ini serangan yang mengorbankan seorang tentera, yang menurut pegawai dilakukan oleh seorang pengebom nekad wanita.

    Penyerang itu menyasarkan konvoi pasukan separa tentera kelmarin di wilayah barat daya Balochistan, di mana anggota keselamatan telah bertempur dengan keganasan sektarian, etnik dan pemisah selama beberapa dekad.

    Tentera Pembebasan Baloch (BLA), yang berjuang untuk kemerdekaan wilayah itu, berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka ‘melaksanakan misi khas yang berjaya menyasarkan kenderaan’ di daerah Kalat. Ia tidak menyebut jantina pengebom berkenaan.

    Pegawai kerajaan tempatan Bilal Shabbir memberitahu AFP bahawa ‘sekurang-kurangnya seorang askar Frontier Corps (FC) terbunuh dan empat yang lain cedera apabila seorang pengebom nekad wanita menyasarkan konvoi FC.’ – AFP

    Anggota keselamatan memeriksa lokasi letupan di stesen kereta api, sehari selepas satu letupan yang didakwa dilakukan oleh pemisah Pakistan di Quetta, di wilayah Balochistan, Pakistan, pada 10 November 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda