Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeboman di Pakistan ragut 6 nyawa

    PESHAWAR, 27 OKT – Seorang pengebom berani mati telah meletupkan diri di pusat pemeriksaan di barat Pakistan kelmarin, membunuh lapan orang dan mencederakan lima yang lain, kata pegawai.

    Pengebom itu telah melancarkan letupan dari belakang sebuah beca motosikal berhampiran bandar Mir Ali di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP.

    “Dalam kejadian itu, empat pegawai polis terbunuh bersama dua anggota pasukan separa tentera negara serta dua orang awam dalam serangan berhampiran sempadan dengan Afghanistan.

    “Antara lima anggota yang cedera, tiga orang berada dalam keadaan kritikal dan mereka telah dipindahkan ke hospital tentera tempatan,” kata pegawai polis itu.

    Seorang pegawai kerajaan tempatan yang tidak mahu namanya didedahkan, mengesahkan jumlah kematian termasuk mangsa yang cedera.

    Serangan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan yang kurang dikenali yang menggelar diri mereka sebagai Aswad ul-Harb. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda