Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengebumian Navalny diadakan di Moscow Jumaat ini

    WARSAW, 28 FEB – Upacara pengebumian pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny akan diadakan di sebuah gereja di selatan Moscow pada Jumaat, kata sekutu ahli politik itu.

    Pihak berkuasa akhirnya menyerahkanjenazah Navalny kepada ibunya pada Sabtu, lebih seminggu selepas dia meninggal dunia di penjara Artik, dalam apa yang dikatakan sekutunya sebagai percubaan untuk menghalang pengebumian awam.

    “Pengebumian Alexei akan diadakan di gereja ‘Mother of God Quench My Sorrows’ di Maryino pada 1 Mac pada jam 2 petang. Datang lebih awal,” kata mereka dalam catatan media sosial hari ini. Pengebumian beliau akan diadakan di tanah perkuburan Borisov yang berdekatan, kata mereka.

    Pasukannya berkata sukar untuk mencari gereja yang bersedia untuk menjadi tuan rumah perkhidmatan itu.

    “Kami mula mencari gereja dan dewan untuk 1 Mac. Di mana-mana, mereka enggan memberikan apa-apa kepada kami. Di beberapa tempat, kami dimaklumkan ia dilarang,” kata sekutu dalam buangan, Ivan Zhdanov. – AFP

    Alexei Navalny semasa perbicaraan di Mahkamah Bandaraya Moscow di Moscow, Rusia pada 2 Februari 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda