Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengecaman wajah cegah penipuan

    SHANGHAI, 30 Nov – Pengecaman wajah akan dilaksanakan pada satu maraton Ahad ini di China bagi menangani penipuan, menurut media negara itu, selepas satu acara separuh maraton telah terjejas dengan pelanggaran-pelanggaran peraturan.

    Acara berlari dan maraton semakin popular di China, di mana para peserta boleh memakai beberapa kelengkapan sukan mengikut trend dan teknologi.

    Namun sukan itu juga telah menarik tajuk utama yang kurang enak, sebagai contoh satu separuh maraton hujung minggu lepas di Shenzhen mendapati seramai 258 orang pelari didapati menipu, termasuk sejumlah besar mereka yang mengambil jalan pintas.

    Pihak berkuasa China ini berikrar untuk bertindak tegas bagi menangani perkara itu.

    Bagi acara Ahad ini iaitu Maraton Kunming, yang dijangka menarik kira-kira 6,000 orang pelari termasuk atlet luar negara, para penganjur akan menggunakan pengecaman wajah bagi memastikan para peserta tidak mendapatkan orang lain berlari untuk mereka.

    “Para peserta dimestikan membawa ID yang sah dan melakukan verifikasi melalui sistem pengecaman wajah,” menurut agensi berita Xinhua.

    Xinhua telah menyelar penipuan dalam larian di Shenzhen, ‘sangat memalukan’.

    China telah menggunakan pengecaman wajah di seluruh negara itu pada hampir semua perkara, dari penempahan makanan segera dan daftar masuk penerbangan bagi menangkap para penjenayah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda