Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengecualian surcaj elektrik ringankan beban hidup rakyat

    KOTA KINABALU, 29 JUN – Langkah mengekalkan pengecualian surcaj elektrik kepada pengguna domestik di Sabah untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini menunjukkan komitmen kerajaan Persekutuan bagi membantu meringankan beban hidup rakyat di negeri itu.

    Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata ia membuktikan segala perancangan dan peruntukan yang diumumkan kerajaan Persekutuan untuk Sabah sebelum ini dilaksanakan dengan baik.

    “Kita berterima kasih kerana Sabah juga dimasukkan dalam dasar berkenaan (pengecualian surcaj elektrik) sebenarnya kita di Sabah telah menerima peruntukan sebanyak RM800 juta setahun untuk memastikan SESB terus beroperasi seperti biasa.

    “Ini kerana kos penjanaan SESB yang disalurkan adalah lebih tinggi daripada jualan kepada pengguna, jadi kita memerlukan kos berkenaan. Namun kita sangat mengalu-alukan usaha kerajaan (pengecualian surcaj) demi pengguna yang ada di Sabah,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

    Semalam, Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumunkan pengecualian surcaj kepada pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah, dikekalkan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.

    Ia adalah susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) secara bersasar dalam tempoh tersebut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda