Friday, February 21, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengedar dadah ditembak mati di mahkamah

    COLOMBO, 19 FEB – Seorang lelaki Sri Lanka yang dituduh menjadi pengedar dadah terkemuka ditembak mati di dalam sebuah mahkamah hari ini oleh seorang lelaki bersenjata yang menyamar sebagai peguam, kata polis.

    Ganemulle Sanjeeva ditembak dari jarak dekat ketika dia memasuki kandang tertuduh dalam perbicaraan ikat jamin di Mahkamah Majistret Colombo, kata polis dalam satu kenyataan.

    Sanjeeva dibawa ke mahkamah di bawah pengiring bersenjata berat yang terdiri daripada komando dari Pasukan Petugas Khas elit, yang menyerahkannya kepada pengawal penjara di pintu masuk.

    Lelaki bersenjata itu telah melarikan diri ketika Sanjeeva yang cedera parah dimasukkan ke dalam kenderaan keselamatan dan dikejarkan ke hospital, di mana dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.

    “Kami telah menemui sepucuk pistol yang digunakan dalam tembakan dan lelaki bersenjata telah dikenal pasti,” kata Timbalan Menteri Keselamatan Awam, Sunil Watagala, kepada pemberita di luar mahkamah.

    “Usaha memburu sedang dijalankan,” tambahnya.

    Sembilan orang telah terbunuh dalam beberapa siri tembakan tahun ini di negara pulau itu yang dipersalahkan atas persaingan kumpulan, menurut data polis. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda