Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengedar disaman jual e-rokok kepada kanak-kanak

    NEW YORK, 21 FEB – New York telah menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara tersebut kelmarin, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape berperisa dan reka bentuk yang menarik minat kanak-kanak, lapor Xinhua.

    Peguam Negara, Letitia James mengumumkan tuntutan mahkamah kepada orang tengah yang mengedarkan e-rokok berperisa buah-buahan dan gula-gula seperti Puff Bar dan Elf Bar kepada ratusan kedai serbaneka dan stesen minyak di seluruh negeri.

    “Pendekatannya berbeza daripada tindakan undang-undang sebelum ini oleh New York dan negeri lain, yang menyasarkan pengeluar vape, seperti Juul Labs,” kata The Associated Press.

    Juul, yang dipersalahkan secara meluas kerana mencetuskan trend vaping dalam kalangan remaja, telah membayar lebih AS$1 bilion untuk menyelesaikan puluhan saman serta siasatan di peringkat negeri dan tempatan terhadap amalan pemasaran di peringkat awalnya, termasuk penganjuran parti pelancaran dan pemberian produk secara percuma.

    Syarikat tersebut menghentikan penjualan perisa seperti mangga dan pudina pada 2019 dan kini tidak lagi popular dalam kalangan remaja. – Bernama

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda