Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeksport nanas gugurkan kes

    BANGKOK, 28 OKT – Sebuah syarikat nanas Thailand hari ini menggugurkan kes fitnah berjumlah AS$9.6 juta ke atas aktivis hak asasi kemanusiaan Britain yang telah mendakwa industri buah-buahan itu telah menyalahgunakan pekerja penghijrah.

    Andy Hall telah dilibatkan dengan beberapa siri perundangan lapan tahun lalu selepas menyumbang kepada laporan 2012 tentang keadaan bekerja yang teruk, gaji rendah dan buruh kanak-kanak di Kilang Natural Fruit.

    Pada 2016, dia dipercayai bersalah atas jenayah fitnah dan diberi penangguhan hukuman tiga tahun penjara sebelum sabitan ditarik balik pada Jun tahun ini.

    Sebagai respons, syarikat itu melancarkan kes fitnah berjumlah 300 juta baht (AS$9.6 juta) pada Julai.

    Namun semasa perbicaraan dijangka bermula, para peguam bagi firma itu memberitahu mahkamah Bangkok hari ini, ia akan menggugurkan dakwaan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda