Sunday, February 2, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluar AS dituduh guna buruh kanak-kanak

    NEW YORK, 9 JUN – Siasatan persekutuan ke atas kanak-kanak Guatemala yang bekerja di Amerika Syarikat yang melanggar undang-undang buruh kanak-kanak, kini diperluas meliputi syarikat pembungkusan daging dan pengeluaran yang didakwa telah mengupah pendatang bawah umur di sekurang-kurangnya 11 negeri, lapor Xinhua memetik NBC News semalam.

    “Penyiasat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Kehakiman serta pegawai Rumah Putih, terlibat dalam siasatan ke atas syarikat yang beroperasi di seluruh negara, dari Virginia ke Colorado,” menurut laporan itu.

    Siasatan itu merupakan sebahagian daripada desakan oleh agensi pentadbiran Joe Biden, termasuk Jabatan Buruh, untuk membanteras pencabulan buruh kanak-kanak.

    Sejak 2018, Jabatan Buruh merekodkan peningkatan 69 peratus kanak-kanak yang diambil bekerja yang melanggar undang-undang buruh kanak-kanak.

    Penyiasat bagaimanapun tidak akan menamakan mana-mana syarikat yang sedang disiasat.

    Awal tahun ini, NBC News melaporkan bahawa Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Kehakiman sedang mengenal pasti sama terdapat skim penyeludupan yang membawa masuk kanak-kanak migran untuk bekerja di beberapa syarikat dalam sektor pembungkusan daging di seluruh negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda