Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluar kereta China bina kilang kenderaan elektrik Thailand

    BANGKOK, 8 SEPT – Pengeluar kereta utama China telah memeterai perjanjian hari ini untuk membina kilang kende-raan elektrik di Thailand, menurut pemaju hartanah tempatan, kilang pertamanya di Asia Tenggara.

    BYD, salah satu jenama China yang paling menonjol dalam pasaran kenderaan elektrik, akan membeli plot seluas 96 hektar untuk menempatkan kemudahan itu, daripada pemaju hartanah Thailand WHA Group.

    Tapak itu yang luasnya kira-kira 140 kilometer dari tenggara Bangkok – akhirnya akan dapat menghasilkan sehingga 150,000 kenderaan setahun dan dijangka beroperasi menjelang 2024, kata WHA dalam satu kenyataan.

    Kenderaan itu akan dihantar untuk pasaran Asia Tenggara dan Eropah, kerana pengeluar China kini sedang berusaha untuk membina cawangannya di luar negara, tambahnya.

    BYD mendapat tempat dalam pasaran Eropah dengan membuka kedai di Norway sebelum berkembang ke negara jiran.

    Di Eropah, jenama itu terkenal menerusi bas elektriknya, yang kini mempunyai operasi di Hungary dan Perancis.

    Pada awalnya, hanya mengkhusus dalam pengeluaran bateri, namun tidak lama selepas itu, BYD berpindah ke sektor automotif pada tahun 2003 dan sejak itu menjadi pengaruh dalam pengeluaran kenderaan elektrik.

    Firma itu berhenti mengeluarkan kereta berkuasa petrol pada April, mengatakan ia hanya akan mengeluarkan model hibrid dan elektrik pada masa hadapan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda