Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pengeluar kereta Jepun bakal tamatkan perjanjian penajaan besar-besaran Olimpik

    TOKYO, 27 MEI – Pengeluar kenderaan Toyota dijangka mengakhiri perjanjian penajaan besar-besarannya dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas Sukan Olimpik Paris tahun ini, menurut laporan di Jepun.

    Toyota mempunyai kontrak hingga Sukan Paris 2024, yang dilaporkan bernilai AS$835 juta ketika diumumkan pada tahun 2015. Perjanjian tersebut merangkumi empat Sukan Olimpik yang bermula dengan Sukan Musim Sejuk Pyeongchang 2018 di Korea Selatan dan berakhir dengan temasya di Paris.

    Ia telah dilaporkan secara meluas bahawa perjanjian ini merupakan perjanjian penajaan terbesar IOC.

    Memetik ‘sumber yang dekat dengan perkara itu’, agensi berita Jepun, Kyodo melaporkan bahawa Toyota tidak berpuas hati dengan cara wang penajaan digunakan oleh IOC. Agensi berita itu, yang memetik sumber tersebut menyatakan wang itu ‘tidak digunakan secara efektif untuk menyokong atlet dan mempromosikan sukan’.

    Ketika dihubungi Associated Press, Toyota enggan mengulas lanjut dan menyatakan bahawa butiran kewangan adalah sulit. – AP

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Akio Toyoda (kiri), dan Presiden IOC, Thomas Bach bergambar dengan dokumen yang ditandatangani semasa sidang akhbar di Tokyo, pada 13 Mac 2015. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...