Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluar koko terbesar dunia sasar perniagaan di Asia

    ZURICH, 2 NOV – Barry Callebaut, pengeluar koko dan coklat perindustrian terbesar di dunia, kelmarin berkata bahawa ia menyasarkan untuk menggandakan perniagaannya di Asia serta unit produk istimewanya ketika ia berusaha untuk beralih daripada wabak Salmonella di fasiliti utamanya.

    Ketua eksekutif baharu itu mendedahkan empat keutamaan strategik baharu untuk firma berpangkalan di Switzerland yang membekalkan syarikat-syarikat gergasi industri makanan seperti Hershey, Nestle dan Unilever ketika beliau bertemu dengan pelabur dalam pertemuan khas di London.

    Salah satu daripada empat keutamaan tersebut adalah untuk menggandakan jualan dalam perniagaan produk istimewa, yang termasuk produk bebas gluten dan vegan.Keutamaan lain adalah untuk menggandakan perniagaan di rantau Asia Pasifik, yang Barry Callebaut berkata akan mengalami pertumbuhan besar disebabkan oleh trend demografi dan pelaburan daripada rakan kongsi pengeluar barangan penggunanya.

    Firma itu juga berhasrat untuk memperdalam perkongsiannya dengan pelanggan utamanya, serta meningkatkan tawaran gourmetnya kepada pembuat coklat artisanal dan pelanggan perkhidmatan makanan. “Objektif kami adalah untuk mencipta penyelesaian coklat terbaik di dunia untuk pelanggan kami pada masa kini dan hadapan,” kata ketua eksekutif, Peter Feld dalam satu kenyataan.

    Feld mengambil alih jawatan itu pada April, kurang dari 10 bulan selepas beliau menutup kilang di Belgium – kilang pembuatan coklat terbesar di dunia – selama enam minggu untuk membersihkan pencemaran Salmonella. – AFP

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda