Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluar minyak sawit Indonesia didakwa beroperasi di kawasan hutan dilindungi

    JAKARTA, 28 JUN – Kelemahan pengawasan dan peraturan yang mengelirukan telah mendorong salah satu pengeluar minyak sawit terkemuka di Indonesia beroperasi di kawasan hutan dilindungi, menurut laporan yang dikeluarkan baru-baru ini.

    Friends of the Earth dari Amerika Syarikat, Indonesia dan Belanda menyalahkan ‘rejim undang-undang yang kompleks, kurang dikuatkuasakan dan sering berubah’ sebagai punca peningkatan penebangan hutan yang dikaitkan dengan minyak sawit serta konflik yang semakin meningkat dengan penduduk tempatan.

    Laporan tersebut menamakan Astra Agro Lestari (AAL), salah satu pengeluar minyak sawit utama Indonesia, mendakwa firma tersebut beroperasi di kawasan hutan dilindungi tanpa permit yang diperlukan daripada kerajaan.

    AAL menafikan dakwaan tersebut, yang menurut kumpulan alam sekitar itu berdasarkan analisis data geospatial yang diperoleh secara bebas dan imejan satelit.

    Selepas penebangan hutan di Indonesia mengalami penurunan selama sedekad yang lalu, ia meningkat semula pada 2023, dengan lebih 30,000 hektar hutan ditebang untuk ladang minyak sawit industri di seluruh kepulauan, menurut penyelidik. Indonesia merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, menghasilkan lebih daripada 60 peratus bekalan global, dengan Kesatuan Eropah (EU) sebagai salah satu pasaran eksport utamanya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda