Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluar modul solar India, Waaree Energies disenaraikan di pasaran

    MUMBAI, 28 OKT – Saham pengeluar modul solar terkemuka India, Waaree Energies, meningkat semasa disenaraikan di pasaran saham hari ini selepas mengumpul AS$514 juta, ketika peniaga mengharapkan permintaan global meningkat bagi komponen tenaga bersih.

    Pasaran saham yang berkembang dalam ekonomi kelima terbesar di dunia telah mencetuskan keterujaan terhadap tawaran awam awal (IPO) sejak dua tahun lepas, di mana syarikat baharu dan syarikat lainnya memperoleh berbilion dolar daripada pelabur domestik dan asing.

    IPO itu telah menilai Waaree mempunyai kapasiti agregat sebanyak 12 GW pada Jun 2024, yang terbesar dalam kalangan pembuat modul solar India pada AS$5 bilion bagi julat harga terbitan tertinggi yang diumumkan.

    Bagaimanapun, saham pengeluar modul itu telah meningkat dalam dagangan awal kepada 2,624.40 rupee (AS$31.20), naik 74.6 peratus daripada harga terbitan sebanyak 1,503 rupee, sebelum melepaskan beberapa keuntungan untuk diniagakan pada 2,401.65 rupee.

    “Masa depan yang mampan bukan sekadar matlamat, tetapi ia adalah keperluan hari ini,” kata Pengerusi Waaree, Hitesh Doshi, pada majlis penyenaraian di ibu negara kewangan India, Mumbai.

    Syarikat itu, yang mana sahamnya telah menarik pelaburan daripada Morgan Stanley dan Goldman Sachs, telah mendapat manfaat daripada keputusan India, negara yang bergantung kepada pengeluaran arang batu untuk mengembangkan kapasiti tenaga bukan bahan api fosil dengan pesat. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda