Tuesday, November 19, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran beras Thailand meningkat 20 peratus pada 10 bulan pertama

    BANGKOK, 18 NOV – Pengeluaran beras Thailand meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun lepas kepada 8.37 juta tan pada 10 bulan pertama tahun ini, lapor Xinhua, memetik data rasmi hari ini.

    Negara Asia Tenggara itu dijangka mengeksport lebih sembilan juta tan beras pada 2024, dengan nilai melebihi AS$6.4 bilion, menurut Kementerian Perdagangan.

    Trend peningkatan itu didorong oleh pesanan berterusan, yang disokong oleh peningkatan hasil beras bermutu tinggi bagi musim ini, berikutan bekalan air yang mencukupi untuk penanaman serta permintaan tinggi bagi beras jasmin Thailand di pasaran utama, kata kementerian dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 31 Julai 2020 menunjukkan seorang petani Thailand menuai padi di sawah padi di wilayah Ayutthaya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda