RAUB, 13 SEPT – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan pengeluaran durian negara meningkat kepada 443,000 tan menjelang 2030 berbanding 384,170 tan pada 2019. Setiausaha Bahagian Pemasaran dan Eksport MAFI, Khalid Ibrahim berkata unjuran itu berdasarkan saiz kawasan tanaman durian negara seluas 72,536 hektar pada 2019. Katanya Pahang, Johor dan Sarawak merupakan tiga negeri penyumbang utama kepada pengeluaran durian negara