BEIJING, 31 JULAI – Aktiviti pengeluaran China meningkat pada Julai dan tempahan eksport bertambah kukuh meskipun permintaan lemah dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, menurut satu tinjauan yang disiarkan hari ini, dalam petanda baharu bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu beransur-ansur pulih daripada pandemik koronavirus.
Indeks pengurus pembelian bulanan yang dikeluarkan oleh biro statistik China dan kumpulan industri meningkat kepada 51.1 daripada 50.9 pada Jun pada skala 100 mata. Jumlah melebihi 50 menunjukkan pertambahan aktiviti.
Tempahan baharu meningkat kepada 51.4 daripada 51.7, menurut Biro Statistik Negara dan Persekutuan Logistik & Pembelian. Tempahan eksport baharu naik 5.8 mata kepada 48.4. Keputusan itu mencadangkan ‘ekonomi China terus mengekalkan trend pemulihan,’ kata persekutuan dalam satu kenyataan. – AFP
