Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran getah asli Malaysia turun 5.2 peratus pada Ogos

    KUALA LUMPUR, 10 OKT – Pengeluaran getah asli Malaysia merosot sebanyak 5.2 peratus kepada 35,979 tan pada bulan Ogos berbanding 37,960 tan pada bulan Julai, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini.

    Perbandingan tahun ke tahun, bagaimanapun menunjukkan bahawa pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 14.9 peratus daripada 31,309 tan pada Ogos tahun lalu, menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Sementara itu, jumlah stok getah asli pada Ogos merosot sebanyak 13.7 peratus dari bulan ke bulan kepada 127,876 tan.

    Eksport getah asli Malaysia berjumlah 57,482 tan pada bulan Ogos, meningkat 19.2 peratus berbanding Julai.

    China kekal sebagai destinasi utama bagi eksport getah asli, merangkumi 25.8 peratus daripada jumlah eksport pada bulan Ogos, diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (20.1 peratus), Jerman (10.1 peratus), Amerika Syarikat (9.6 peratus), dan India (8.3 peratus).

    Prestasi eksport itu disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan, tayar, tiub dan benang getah. Sarung tangan merupakan eksport utama bagi produk berasaskan getah dengan nilai RM1.6 bilion pada bulan Ogos, meningkat 14.6 peratus daripada Julai. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda