Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran global Toyota meningkat

    TOKYO, 29 JUN – Toyota Motor Corp. hari ini mengumumkan bahawa pengeluaran kereta globalnya pada Mei meningkat kepada rekod tertinggi bagi bulan itu di tengah-tengah peningkatan ketersediaan semikonduktor.

    Menurut pihak pengeluar kereta yang berpangkalan di Aichi itu, jumlah pengeluaran kereta globalnya me-ningkat 33.4 peratus daripada tahun sebelumnya kepada 847,000 unit, dengan bantuan pengeluaran kukuh di Amerika Utara dan Eropah, manakala pengeluaran di Jepun melonjak 72.2 peratus kepada 248,287 unit.

    Sementara itu, pengeluaran luar negara pada bulam Mei juga meningkat kepada tahap tertinggi, meningkat 22 peratus kepada 598,713 kenderaan, kata pengeluar model Prius hibrid dan sedan Corolla yang popular itu.

    Jualan global menyaksikan peningkatan sebanyak 10.1 peratus pada Mei kepada 838,478 unit, dengan jumlah itu meningkat untuk bulan keempat berturut-turut, kata Toyota.

    Permintaan kukuh dari negara termasuk Indonesia dan Filipina, serta jualan yang baik di India, menyaksikan eksport meningkat 46.7 peratus kepada 141,774 unit, kata Toyota. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda