Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Pengeluaran kereta Jepun mungkin dikurangkan’

    TOKYO, 19 MAC – Pengeluar kereta terkemuka Jepun hari ini berkata mereka mungkin terpaksa mengurangkan pengeluaran jika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meneruskan tarif yang dirancangnya ke atas import kenderaan.

    Industri automotif merupakan tonggak utama ekonomi Jepun, dengan kira-kira 10 peratus pekerjaan di sana dikaitkan dengan sektor itu. Toyota Jepun ialah pengeluar kereta terlaris di dunia.

    Pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA), Masanori Katayama, memberi amaran tentang kesan perlindungan perdagangan AS pada sidang mediaTokyo.

    “Kami bimbang tarif tambahan 25 peratus ke atas kereta, yang sedang dipertimbangkan oleh pentadbiran Trump, jika dikenakan ke atas pengeksport dari Jepun, Mexico dan Kanada, akan memberi kesan negatif secara keseluruhan kepada ekonomi AS dan Jepun,” katanya.

    “Jika ia berlaku, mungkin akan berlaku penyelarasan pengeluaran yang besar, kata Katayama, yang juga ketua eksekutif pengeluar trak Isuzu Motors.

    Kenderaan menyumbang kira-kira satu pertiga daripada 21.3 trilion yen (AS$142 bilion) eksport Jepun ke AS pada 2024.

    Menteri-menteri telah memberi tekanan kepada rakan sejawatan mereka di AS untuk mendapatkan pengecualian tarif atas barangan Jepun seperti keluli dan kenderaan, tetapi setakat ini permintaan tersebut telah ditolak.

    Setiap tahun, pengeluar kereta Jepun mengeksport kira-kira 1.37 juta kenderaan ke AS – menurun daripada paras tertinggi 3.43 juta kenderaan pada 1986, kata Katayama pada sidang media yang turut dihadiri eksekutif daripada Toyota, Honda dan ahli industri utama lain. – AFP

    Gambar bertarikh 8 Disember 2023 menunjukkan kilang pengeluaran kereta di Nissan Motor Tochigi, Kaminokawa, di utara Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda