Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran kopi Indonesia berkurangan

    JAKARTA, 15 OGOS – Kemarau disebabkan oleh fenomena El Nino dijangka mengurangkan pengeluaran kopi Indonesia, mendorong harga global kepada paras tertinggi sepanjang masa.

    Pengurangan pengeluaran kopi yang lebih rendah daripada pengeluar keempat terbesar di dunia, boleh menyebabkan peningkatan harga, meningkat lebih daripada 40 peratus pada 2023 dan mencapai rekod tertinggi pada Jun, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Agensi cuaca negara BMKG menyatakan fenomena cuaca ini, yang biasanya membawa kepada cuaca panas dan kering yang berpanjangan, sudahpun memberi kesan kepada lebih dua pertiga penduduk daripada negara itu, termasuk Jawa dan sebahagian daripada Sumatera, iaitu dua kawasan utama bagi pengeluaran kopi.

    Pada 2023/24, pengeluaran kopi Indonesia dijangka hanya sekitar 9.7 juta beg, berkurangan berbanding 11.85 juta beg setahun yang lalu dan mencatat paras terendah sejak 2011/12, mengikut data Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. – Bernama

    Para pekerja mengasingkan biji kopi arabika Gayo organik untuk dieksport ke AS dan Eropah di gudang kopi Ketiara di tanah tinggi Takengon, wilayah Aceh. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda