Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran semikonduktor Taiwan cecah AS$164 bilion

    TAIPEI, 8 NOV – Nilai pengeluaran semikonduktor Taiwan dijangka meningkat sebanyak 22 peratus kepada lebih AS$164 bilion tahun ini, menurut seorang eksekutif kanan daripada gergasi pembuatan cip TSMC, yang dipacu oleh teknologi AI dan pemulihan ekonomi yang semakin kukuh.

    Taiwan merupakan kuasa global dalam industri semikonduktor, yang kini menjadi elemen penting dalam pelbagai industri, daripada elektronik hingga turbin angin dan peluru berpandu.

    Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), menguasai lebih separuh daripada pengeluaran cip dunia dan Apple dan Nvidia merupakan pelanggan utamanya.

    Dalam ucapannya di Taiwan, Naib Presiden Kanan TSMC, Cliff Hou, berkata pengeluaran semikonduktor di pulau itu dijangka mencecah NT$5.3 trilion (sekitar AS$164.2 bilion) tahun ini, meningkat sebanyak 22 peratus berbanding tahun lepas.

    Peningkatan tersebut “didorong oleh kemajuan dalam teknologi AI dan pemulihan ekonomi yang beransur-ansur,” kata Hou, yang juga merupakan pengerusi Persatuan Industri Semikonduktor Taiwan.

    “Kami perlu mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai rantaian bekalan semikonduktor global,” kata Hou menurut agensi berita Bloomberg. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda