Pengembara berjalan kaki sejauh 1,400 km

GEORGE TOWN, 11 Sept – Selepas tiba di Padang Kota Lama (Esplanade) di sini, pengembara anak beranak cuma tinggal 400 km lagi sebelum tiba di Perlis menjelang Hari Malaysia dengan berjalan kaki sambil membawa Jalur Gemilang dan bendera negeri perak.

Ini kali kelima pengembara kelahiran Perak, R. Ragu, 43, melakukan pengembaraan itu dan bercadang menjadikannya sebagai acara tradisi setiap tahun sempena Hari Malaysia.

Beliau ditemani oleh anak lelakinya, R. Surya, 13, pelajar SMK St. Michael. Surya telah menemani bapanya dalam pengembaraan sejak 2013 tetapi hanya mampu menamatkan pengembaraan berjalan kaki hanya sejauh 20 kilometer. Tahun ini, dia menemani bapanya sepanjang pengembaraan.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata beliau mendapat suntikan semangat dan inspirasi daripada anak perempuannya yang pertama kali melakukan pengembaraan berjalan kaki bagi membangkitkan semangat patriotisme.

Ragu berharap agar Hari Malaysia disambut untuk tempoh yang lebih lama dan bukan sekadar satu hari sahaja.

R Ragu bersama anak lelakinya, R Surya, melalui bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Padang Kota Lama di sini ke Sungai Petani, Kedah setelah tiba di Pulau Pinang. – Bernama

“Jika perayaan seperti Hari Raya Adilfitri, Deevapali dan Krismas boleh disambut selama sebulan, mengapa tidak Hari Malaysia? Rakyat telah mengorbankan nyawa mereka demi kemerdekaan dan saya percaya setiap rakyat Malaysia harus menghargai pengorbanan itu,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai, terutama anak muda, yang ingin menyertai beliau dalam pengembaraan berjalan kaki pada masa depan tetapi mereka perlu menjalani latihan fizikal dan mental dahulu.

Ketika ditanya mengenai pengalamannya sepanjang pengembaraan yang dilakukan itu, Ragu berkata sepanjang pengembaraan, mereka mengharungi pelbagai cabaran terutama apabila menyeberangi sempadan negeri Perak. – Bernama