Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengembaraan ke dunia fantasi

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    SEPERTI kilat, adik perempuan Jack, Maddy, telah hilang dibawa pergi ke dunia lain oleh seorang ogre. Apabila Jack dan Lilly menjejaki penculik Maddy ke pintu masuk dunia itu, mereka telah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan, kecuali apa yang mereka temui menunggu di jalanan antara dua dunia tersebut.

    Meskipun mempunyai kuasa magis tumbuhan mereka namun ia belum pasti dapat membawa mereka pulang dengan selamat.

    Bersendirian dan mengalami kecederaan, Jack dan Lilly harus berhadapan dengan raksasa-raksasa. Termasuk gergasi yang mengisar tulang-temulang kanak-kanak untuk dijadikan makanan. Tidak kurang juga raja goblin yang menggerunkan yang tinggal di bawah tanah.

    Ikuti pengembaraan Jack dan Lily dalam menyelamatkan adiknya, Maddy dalam Mighty Jack and The Goblin King.

    Akan tetapi apabila Jack mendapati diri berada dalam keadaan yang sangat terdesak, bantuan tiba dalam bentuk yang sama sekali tidak mereka jangkakan, raja goblin sendiri.Ben Hatke adalah penulis karya terlaris New York Times bagi Zita The Spacegirl, kini kembali untuk membawakan kesinambungan kepada siri novel grafik pengembaraan fantasinya, Mighty Jack. Untuk itu pembaca tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mendapatkan buku Mighty Jack and the Goblin King ini di pasaran segera.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda