Tuesday, April 15, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengenalan BNPL tepat pada masanya

    KUALA LUMPUR, 6 JULAI – Pengenalan sistem Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) di Malaysia semasa pandemik COVID-19 dianggap sebagai kaedah yang tepat pada masanya dan sangat perlu bagi membolehkan perniagaan mengekalkan pertumbuhan berterusan dalam tempoh mencabar ini.

    Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Split, penyedia fintech BNPL pelbagai saluran (omnichannel) Dylan Tan, berkata adalah tidak menghairankan apabila melihat ramai peruncit di Malaysia  menggunakan kaedah pembayaran alternatif yang lebih selesa ini.

    “Dengan membenarkan pelanggan membuat pembelian dan membayarnya dari masa ke masa dengan ansuran tanpa faedah, BNPL membolehkan pengguna menguruskan belanjawan mereka ketika membuat pembelian.

    “Pada masa sama, ia turut membuka segmen pelanggan baharu yang besar untuk peniaga, terutama milenium muda dengan peruntukan tetap dan bagi mereka yang tidak memiliki kad kredit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda