Friday, April 25, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengendali laman berita Facebook dibunuh

    CELAYA, MEXICO, 16 MAC – Seorang peguam yang mengendalikan laman berita tempatan di Facebook telah ditemui mati pada Jumaat di negeri Guanajuato, salah satu kawasan paling ganas di Mexico, menurut pihak pendakwa negeri.

    Mangsa, Iran Villarreal Belmont, pernah bertanding untuk kerusi majlis perbandaran bagi parti Movimiento Ciudadano di bandar San Luis de la Paz tahun lalu.

    Menurut sumber polis, beliau dilaporkan hilang sejak Khamis selepas sekumpulan lelaki bersenjata menculiknya dari sebuah pejabat. Mayatnya ditemui keesokan paginya di tepi jalan dengan kesan tembakan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda