DHAKA, 15 JUN – Pengendali telefon bimbit terbesar di Bangladesh, Grameenphone telah memperkenalkan SIM Pelancong yang disesuaikan untuk pengunjung jangka pendek.
Syarikat itu, hari ini mengadakan acara pelancaran untuk produk tersebut, yang membolehkan warga asing, usahawan, pengembara dan lain-lain menikmati sambungan yang lancar tanpa membayar biaya roaming dan caj yang berlebihan.
“Kami sangat teruja untuk berkongsi pencapaian ini dengan memperkenalkan SIM Pelancong buat kali pertama di Bangladesh,” kata ketua pegawai eksekutif Grameenphone, Yasir Azman.
Dengan 80.59 juta pelanggan pada akhir April, Grameenphone, dengan 55.8 peratus dimiliki oleh syarikat telekomunikasi Norway, Telenor dan 34.2 peratus dimiliki oleh Grameen Telecom tempatan, merupakan pengendali telekom terbesar di Bangladesh. – Xinhua


