Wednesday, July 23, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengerusi model kereta Tamiya meninggal dunia

    SHIZUOKA, 23 JULAI – Shunsaku Tamiya, pengerusi syarikat pengeluar kit model plastik Jepun, Tamiya Inc  yang terkenal dengan kereta kawalan jauh dan model Mini 4WD (pacuan empat roda) telah meninggal dunia, menurut syarikat itu kelmarin.

    Beliau berusia 90 tahun, lapor Kyodo News.

    Tamiya, yang meninggal dunia pada Jumaat atas sebab yang tidak didedahkan, dikenang atas sumbangannya menaikkan profil global syarikat permainan yang berpusat di Shizuoka itu. Walaupun upacara pengebumian telah diadakan secara tertutup oleh ahli keluarga terdekat, syarikat itu merancang untuk menganjurkan acara peringatan khas.

    Antara contoh model Tamiya. – Gambar Unsplash

    Anak jati Shizuoka itu telah lama berkhidmat sebagai presiden syarikat, membantu meningkatkan reputasi kampung halamannya dalam industri model plastik melalui pameran perdagangan dan acara hobi, menurut syarikat berkenaan.

    Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Waseda, Tokyo pada 1958, beliau menyertai Tamiya Shoji & Co, yang ketika itu dikendalikan oleh bapanya, Yoshio.

    Tamiya menjadi presiden syarikat itu pada 1984 dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi pada 2008. – Bernama/Kyodo 

    Shunsaku Tamiya, pengerusi syarikat Tamiya Inc disahkan telah meninggal dunia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda