Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Pengetahuan trend pasaran terkini penting’

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini telah mengadakan acara prospek pasaran eksklusif bagi klien Perdana mereka yang memberikan pandangan dan bimbingan strategik dalam mengemudi landskap pasaran masa kini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, acara yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, itu bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri.

    Beliau menekankan pentingnya untuk terus peka dan berpengetahuan dalam sebuah persekitaran pasaran dinamik dengan menekankan pasaran turun naik bukan sahaja mencabar tetapi menyediakan peluang-peluang berpotensi bagi pemerolehan aset strategik dan pertumbuhan masa hadapan.

    Awang Junaidi juga menekankan pen-tingnya untuk terus peka mengenai landskap pengurusan harta yang sentiasa berubah. Beliau menekankan bahawa pengetahuan mengenai peristiwa terkini dan trend pasaran merupakan satu kemestian supaya kita dapat membuat keputusan kewangan yang baik.

    Dengan melengkapkan diri mereka dengan analisis dan berpandangan jauh, para pelabur boleh mengemudi kerumitan pasaran dengan penuh keyakinan serta membuat pilihan bermaklumat bagi kesejahteraan kewangan mereka.

    Pengarah Urusan BIBD Securities (BIBDS), Jason Wong, dalam pembentangannya menyediakan gambaran komprehensif mengenai peluang-peluang berpotensi dan prestasi kelas terkini.

    Beliau juga memberikan maklumat kemas kini mengenai pasaran sukuk dan prospeknya, prestasi dana serta peluang-peluang pelaburan seperti menerokai pendapatan tetap, ekuiti dan kelas-kelas aset relevan yang lain.

    Sementara itu, Ahli Ekonomi di BIBDS, Liyana Jamain, mengongsi tinjauan dan pandangan mengenai pertumbuhan ekonomi global, inflasi dan tindakan bank pusat. Beliau juga mengongsi risiko-risiko utama yang dihadapi oleh pasaran utama seperti pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan serta impaknya kepada ketegangan AS-China.

    Acara diteruskan dengan sesi soal dan jawab interaktif yang membolehkan para klien untuk mengemukakan pertanyaan pelaburan khusus mereka secara langsung dengan pakar-pakar yang hadir.

    Awang Junaidi ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda