Wednesday, May 14, 2025
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggal persekolahan 2024 bermula

    Oleh Salawati Haji Yahya & Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Setelah bercuti kira-kira sebulan, murid-murid dan pelajar kembali ke sekolah hari ini bagi sesi persekolahan penggal pertama tahun akademik 2024 untuk semua sekolah rendah, menengah dan maktab serta pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan sekolah-sekolah agama dan Arab di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Bagi meninjau permulaan persekolahan, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh serta rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke tiga buah sekolah di Daerah Brunei dan Muara iaitu Sekolah Rendah Rimba I, Sekolah Rendah Rimba II dan Sekolah Menengah Rimba II.

    Antara tujuan lawatan adalah untuk meninjau dan menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah, meninjau prasarana sekolah seperti bilik-bilik darjah termasuk bilik pembelajaran prasekolah, bilik-bilik guru, dewan sekolah, kantin, tempat sembahyang, tempat berwuduk dan perpustakaan.

    Ini adalah dengan mengambil kira pelaksanaan Pindaan Akta Pendidikan Wajib (APW) Penggal 211 Umur Wajib Bersekolah Enam Tahun kepada Lima Tahun, Pengintegrasian Mata Pelajaran Agama ke Dalam Mata Pelajaran Umum dan pelaksanaan mata pelajaran STEAM.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan mula-mula mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Rimba I di mana ketibaan beliau dialu-alukan oleh Guru Besar, Dayang Nurul Khairunniza binti Mohiddin.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan ketika membuat lawatan ke salah sebuah sekolah. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim semasa mengadakan lawatan kerja ke salah sebuah sekolah. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Dayang Noorleha ketika ditemu bual oleh media. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Murid-murid membuat aktiviti pada hari pertama penggal persekolahan 2024 di Sekolah Rendah Katok A. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Setelah bercuti kira-kira sebulan, murid-murid dan pelajar kembali ke sekolah kelmarin bagi sesi persekolahan penggal pertama tahun akademik 2024. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Murid-murid memulakan penggal persekolahan baharu di Sekolah Nusa Laila Puteri. – GAMBAR YUSRIN JUNAIDI
    Murid-murid kelihatan ceria memulakan persekolahan 2024 di Sekolah Nusa Laila Puteri. – GAMBAR YUSRIN JUNAIDI

    Kemudian, Yang Berhormat Menteri Pendidikan serta rombongan meneruskan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Rimba II di mana mereka dialu-alukan oleh Guru Besar, Awang Naruliswady bin Haji Samaih.

    Lawatan diakhiri di Sekolah Menengah Rimba II dengan rombongan dialu-alukan oleh Pengetua, Hajah Siti Khadijah binti Haji Damit.

    Semasa lawatan-lawatan berkenaan, Yang Berhormat Datin berpeluang menyaksikan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah, melawat bilik-bilik darjah menyaksikan dengan lebih dekat pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran agama setelah pengintegrasian serta berkesempatan berinteraksi dengan para guru dan pelajar.

    Turut menyertai rombongan ialah ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

    Secara berasingan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan turut mengadakan lawatan kerja ke tiga buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kapok, Muara; Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa dan Sekolah Rendah Serasa.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim serta rombongan yang terdiri daripada pengarah-pengarah dan pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam, KHEU dan Kementerian Pendidikan.

    Lawatan berkenaan merupakan inisiatif bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan.

    Selain meninjau lebih dekat pelaksanaan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah, lawatan juga bertujuan untuk melihat lebih dekat prasarana sekolah seperti bilik-bilik darjah termasuk bilik pembelajaran pra-sekolah, bilik-bilik guru, dewan sekolah, kantin, tempat sembahyang dan berwuduk serta perpustakaan.

    Dalam pada itu, tinjauan media ke Sekolah Rendah Katok A telah menyaksikan murid-murid mengikuti beberapa aktiviti interaktif dalam bilik darjah masing-masing.

    Guru Besar, Dayang Noorleha binti Haji Tamit ketika ditemu bual telah mengongsikan persediaan bagi mengalu-alukan murid tertumpu kepada keselesaan dan keselamatan bagi mendukung visi dan misi kerajaan.

    “Sebelum sesi persekolahan bermula, pihak pentadbiran memastikan semua penjadualan, keadaan sekolah seperti memastikan bilik-bilik darjah dalam suasana yang selesa untuk memberikan semangat kepada murid-murid,” jelasnya.

    Beliau turut menyentuh mengenai pengintegrasian di mana pihak sekolah mengimbangkan mata pelajaran teras dan mata pelajaran agama.

    Manakala itu, guru bahasa Inggeris dan guru kelas Tahun 5, Dayang Taibah binti Haji Tamam pula mengalu-alukan murid dengan membuat beberapa perubahan dalam bilik darjah untuk memberikan motivasi kepada murid-murid belajar dalam suasana yang baharu.

    Salah seorang murid Tahun 6, Dayangku Khalisah Maisara binti Pengiran Mohammad Hilmy melahirkan perasaan gembira dan teruja untuk kembali ke sekolah dan bertemu kawan-kawan.

    Sementara itu, di Sekolah Nusa Laila Puteri, murid-murid hadir dengan wajah ceria pada hari pertama persekolahan sambil dialu-alukan oleh guru-guru.

    Bagi ibu bapa, kebanyakan mereka mengambil kesempatan me-nemani dan memberikan kata-kata semangat kepada anak mereka.

    Dayang Aizen Syamsiah berkata, kedua-dua anaknya hari ini memulakan sesi persekolahan untuk Tahun 4 dan KG 3, manakala seorang lagi akan memulakan sesi persekolahan pada minggu depan untuk KG 1.

    Kongsi beliau, anak sulungnya tidak sabar untuk hadir ke sekolah pagi tadi dan bangun seawal 6 pagi untuk bersiap-siap dan berjumpa dengan kawan-kawan.

    “Sudah menjadi kebiasaan kami bangun seawal 6 pagi sejak kecil lagi, maka untuk bangun pagi semasa musim sekolah memang tiada halangan sama sekali. Kami sebagai ibu bapa memang berasa bersyukur melihat anak-anak bangun dengan sendiri seawal 6 pagi. Saya harap mereka akan terus bersemangat untuk ke sekolah setiap hari,” ujar Dayang Aizen Syamsiah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/