Saturday, February 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggambaran ‘Captain America’ menakjubkan – Anthony Mackie

    Pelakon Anthony Mackie berkata penggambaran filem Captain America: Brave New World adalah pengalaman yang menakjubkan.

    Beliau berkata demikian ketika dia singgah di satu program wawancara kelmarin.

    Brave New World yang sedang ditayangkan di pawagam menampilkan Mackie sebagai adiwira, menandakan filem pertamanya sebagai pelakon watak berkenaan. Sebelum ini, Mackie memainkan watak Sam Wilson atau Falcon.

    “Ia satu pengalaman yang menakjubkan. Maksud saya, awda tahu, terdapat begitu banyak cabaran yang berlaku semasa menghasilkannya seperti mogok penulis, mogok pelakon dan penggambaran pasca pandemik. Sememangnya banyak halangan perlu ditempuhi.”

    Pelakon dan kru terpaksa berhenti bekerja selama setahun sebelum mereka dapat menyiapkan filem itu, kata Mackie.

    “Saya hanya teruja untuk orang ramai melihatnya. Ia filem yang bagus,” tambahnya. – UPI

    Anthony Mackie teruja dengan filem Captain America. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda