Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelantikan Peguam Negara baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perintah bagi Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri, Datin Paduka Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib, dilantik menjadi Peguam Negara bagi menggantikan Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa.

    Tarikh pelantikan pegawai kanan berkenaan berkuat kuasa mulai 29 Februari 2024.

    Datin Paduka Hajah Nor Hashimah.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda